Akan Mati – Tazkirah Buat Renungan Kita Bersama

Buat Renungan Bersama – Sahabat, Saudara dan Keluarga Tercinta. Moga Allah Menempatkan Kita Dikalangan Hamba2nya Yang Beriman.

Jagalah Lidah & Belajarlah Menangis

Oleh : Ustaz Baie – Majalah Remaja 15 Februari 2000

Selalunya manusia akan berlumba-lumba ke arah yang baru. Apa yang dirasakan kurang sempurna lalu mahu dipertingkatkan. Tetapi hajat di hati itu tidak semuanya berjaya. Ia bergantung kepada kesungguhannya untuk mendapatkan perkara itu. Manusia boleh berusaha malah itulah yang sepatutnya, tetapi jaya atau tidaknya Allah yang mengizinkannya.

Sebenarnya, sikap baik seseorang terhadap umat Islam yang lain dan sikap taqwa umat Islam terhadap Allah menjadi sebab nilaian Allah. Dan Allahlah yang memberi kejayaan kepadanya dan usahanya akan dipercepatkan.

Remaja yang masih dalam alam persekolahan sentiasa berfikiran kreatif lalu cuba memperbaiki kekurangan diri dan cuba melakukan yang terbaik untuk dirinya. Setidak-tidaknya dia akan belajar dan mengkaji pelajaran dengan lebih gigih demi masa depannya tanpa mengganggu orang lain.

Begitu juga dengan remaja yang sudah memasuki alam kerjaya, mereka pastinya melakukan kerja yang diamanahkan dengan sempurna. Kerja yang dilakukan dipastikan yang terbaik boleh dibuat.

Tapi malanglah mereka yang tidak mahu kejayaan dan keselamatan lalu membiarkan dirinya sebagaimana sebelumnya. Hidupnya hanya mengikut arus, tanpa wawasan masa hadapan. Apa yang penting pada mereka, dia masih hidup. Kata Iman Al Ghazali :

” Siapa yang lebih baik hari ini dari sebelumnya maka beruntunglah dia. Dan siapa yang hari ini sama seperti yang sebelumnya rugilah dia. Dan siapa yang yang hari ini lebih teruk dari sebelumnya celakalah dia”.

Remaja hari ini patut menjadi golongan orang yang pertama, bukan orang yang kedua, apa lagi orang yang ketiga. Setiap hari yang dilalui mesti bertambah baik dari hari yang sebelumnya. Tapi di sini juga ada masalah, terlalu sedikit di kalangan umat Islam yang kehidupannya lebih baik kerjanya dari sebelumnya.

Sesungguhnya aktiviti umat Islam baik berhubungan dengan manusia mahupun berhubungan dengan Allah mestilah baik daripada hari ini daripada yang sebelumnya. Dan supaya aktiviti itu dinilai oleh Allah sebagai terbaik 2 perkara mesti diberi perhatian; jaga lidah dan menangis kerana insaf.

Dari Uqbah bin Amir dia bertanya kepada Nabi SAW:”Apakah amal unutk selamat?Jawab baginda:”Jagalah lidah dan menangislah selalu terhadap dosa-dosamu”.

Lihatlah para sahabat mereka sentiasa mencari peluang untuk berjaya dan selamat di dunia dan di akhirat. Wal hal mereka yang berada di sisi Nabi, lebih terjamin selamatnya berbanding dengan kita di hari ini.

Bukan mereka tidak beramal, bukan mereka tidak buat aktivitihidup tetapi mereka masih mahu mencari apa lagi amal yang menyebabkan mereka selamat di dunia dan di akhirat. Di sini Rasulullah memberi panduan yang mudah agar mereka selamat, iaitu melakukan 2 amalan; Jaga lidah dan menangis kerana dosa.

Panduan ini amat mudah tetapi sukar untuk dilaksanakan jika umat Islam tidak bersedia ke arah keselamatan dan kebahagian. Lidahnya sepatutnya boleh berzikir mengingati Allah, bercakap-cakap memberi nasihat yang baik tapi sayang, dibiarkan menyakiti orang lain.

Kerana lidah tidak bertulang seseorang manusia boleh bermusuhan dan kesannya terhadap kerja harian yang dilakukannya tidak mendapat sokongan dan perhatian ramai. Malah ramai akan membencinya lalu memulaukannya. Kalau ini terjadi, maka gagallah segala perancangannya. Dan Allah akan hilangkan keberkatan untuknya.

Jadi, untuk selamatkan diri dan sedala-galanya maka lidah mesti dijaga, inilah amalan yang terpuji. Mereka yang baik penjagaan lidahnya bukan sahaja disukai Allah malah orang ramai akan senang dengannya.

Di sini kalau disingkapkan pada pengalaman sesetengah orang Melayu, mereka gagal dalam membangunkan diri dan lain-lainnya, mungkin disebabkan lidah mereka tidak dikawal dengan baik. Mengumpat dan menfitnah orang lain sudah menjadi amalan biasa. Mencaci maki musuhnya menjadi bualan hariannya. Maka bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam keadaan begini? Allah tentu tidak merestui mereka.

Selain menjaga lidah, menangis kerana menginsafi segala dosa yang dilakukan baik kerana dengan tangisan ini boleh menimbulkan rasa hendak menebus dosa lalu, dan segera ingin bertaubat. Dalam masa yang sa,a mereka melakukan kerja-kerja kebajikan sebanyak mungkin.

Jika sikap ini diambil oleh umat Islam bukan sahaja Allah akan meredhainya bahkan orang ramai akan menyanjunginya. Ini akan menjadikan segala yang dilakukan mereka menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Tapi di hari ini, ramai yang menangis kerana tidak dapat melakukan dosa, dan ada yang menangis kerana dimarah pihak berkuasa atas perbuatan jahatnya. Namun jiwa mereka tetap mahu melakukan dosa. Ertinya mereka tetap mahu menyimpan dosa. Di sinilah di antara faktor kegagalan umat Islam dalam segala usahanya, Allah tidak mahu membela mereka.

Inilah yang patut diinsafi oleh para remaja kini, untuk mencapai apa juga kejayaan sekalipun 2 faktor ini mesti diberi perhatian, mesti diamalkan. Ini adalah kerana kejayaan usaha kita ada kaitan dengan pertolongan Allah. Maka orang yang berdosa dengan manusia apa lagi berdosa dengan Allah tidak akan dibantu Allah.

Kerana itu latihlah lidah dari bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Elakkan dari bercakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain. Dan pastikan apa yang diucapkan memberi manfaat pada diri sendiri dan juga orang lain. Nanti kelak mereka akan disenangi selalu.

Dan latihlah lidah supaya mudah bertaubat, dan kalaupun tidak boleh menangis, bangkitkanlah rasa bersalah dan berdosa supaya lahir penyesalan dan keinsafan. Sesungguhnya manusia sebaik manapun dia, dosa tetap dilakukannya. Tapi sebaik-baik manusia apabila dia tersalah lalu dia akan bertaubat segera.

Amalan ini tidak akan datang sendiri tanpa diusahakan dengan latihan yang berterusan. Sebab itu, orang yang sudah terbiasa dengan sifat dan sikap yang kurang baik sekian lama sudah diubah lagi sewaktu dewasanya. Meskipun dinasihati berkali-kali namun dia tetap pada tahap yang asalnya.

Dalam hal ini tidak siapa yang boleh merubah diri kita kecuali kemahuan diri sendiri. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak merubah apa yang ada pada diri seseorang, sehinggalah mereka merubah apa yang ada pada diri mereka”.

Ya, kalau remaja sudah bertekad dan bersungguh-sungguh mahu menjaga lidah dan mahu bertaubat sudah tentu Allah akan menbentangkan jalan-jalannnya. Allah tentu sudi untuk membantu apa yang dihajati oleh mereka.

Ertinya semuanya bertitik tolak dari manusia itu sendiri. Hendak seribu daya dan kalau tidak hendak seribu dalih pula yang datang. Ingatlah, Allah tidak mengkehendaki orang yang suka berdalih mencari helah melepaskan diri.

Dan Allah mahu umat Islam berjaya dan terus berjaya di dunia ini manakala di akhirat mereka berjaya menghuni syurga yang indah permai.

One comment on “Jagalah Lidah & Belajarlah Menangis

  1. Iezan Samsuri
    July 20, 2011

    berhati2 bile berkata2…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 25, 2008 by in Perbuatan Keji.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 24 other followers

Dari Penulis

Sekiranya anda suka apa yang sedikit saya kongsikan di sini, doakanlah kebaikan di sisi Allah swt buat saya dan keluarga. Semoga dosa-dosa saya diampunkan dan memperoleh rahmatNya, samada saya masih di sini atau sudah pun pergi menghadapNya. Jutaan terima kasih buat jasa anda, semoga anda juga dikurniakan yang lebih baik dariNya.
%d bloggers like this: