Akan Mati – Tazkirah Buat Renungan Kita Bersama

Buat Renungan Bersama – Sahabat, Saudara dan Keluarga Tercinta. Moga Allah Menempatkan Kita Dikalangan Hamba2nya Yang Beriman.

Tanda-tanda Kita Hampir Menemui Ajal @ Mati!!

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

RINGKASAN

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.

>> Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.

About these ads

18 comments on “Tanda-tanda Kita Hampir Menemui Ajal @ Mati!!

  1. Aziz
    November 12, 2009

    alhamdulillah….:)

  2. Wenda
    August 28, 2010

    Mari kita membiasakan hidup dengan beriman, beramal sholeh, dan saling menasehati sesama muslim…. semoga kita bahagia dunia dan akhirat, jazakumullah.

  3. hamba dhaif
    October 3, 2011

    maafkan saya tuan,leh ana tahu dimanakah sumber kisah tanda -tanda kematian itu? apakah dalil dan nasnya..harap penulis tidak tersinggung diri ini bertanya..moga2 ditambahkan keyakinan mengenainya. namun terima kasih atas daya usaha atas penulisan tuan.

    • soffy
      April 20, 2013

      tanda2 ini mmg benar berdasar dr pengalaman saya telah membaca artikel ini pada arwah suami saya sebelum dia di jemput allah.ketika saya membaca dia mengiakan semua tanda 2 itu.tapi waktu itusaya fikir dia cuma ingin menakut2kan saya .tapi saya tanya dia kembali bagaimana rupa malaikat maut dia berubah wajah menjadi pucat.katanya
      tunggulah sampai masa kamu nanti baru kamu tahu bagaimana rupanya yg sukar d gambarkan dgn kata2

  4. alijah md.dom
    December 3, 2011

    alhamdulillah..tq for sharing

  5. Cameron Freeman z
    December 26, 2011

    Prinsip yang digunakan adalah menciptakan suatu sikap kerja yang sesuai lewat kebiasaan dan perilaku yang baik sehingga nantinya karyawan dapat bekerja dengan baik dan mematuhi peraturan.

  6. anggie
    April 23, 2012

    y allh ampuni sgla dosa ku.smga ap yg tlah ku baca di ats ini bs menjdi plajran taubat bgi ku.

  7. syaraqylah
    August 29, 2012

    Salam. SeJak kebelakangan jni saya rasa tak sedap hati seakan akan memikir kan tentang kematian. Baru baru ni saya dapati. Adan saya terasa menggigil. Mula. Ya saya ingat ia tanda2 kematian. Yapi ia berlalu kerap dan bukan sahaja selepas asar malabsebelum asar. Moho. Ada yang boleh berkongsi. Getaran yg di rasa tak dapat di lihat seara jelas . Saya cuba minta tolong kawan rasa badan saya menggigil tak? Yapi mereka kata tak rasa apa2. Saya harap ini hanya lah perinvatan daripada Allah utk hamba. Ya yg lalai. Saya mula alami rasa bergetar atau menggigil sejak hari ahad malam 26 ogos 2012. Mohon ada yang nalas komen ini. Semoga kita di rahmati dan di ampuni Allah.

    • muhamad fakhrul
      December 7, 2012

      syaraqylah,sy mngalami seperti yg anda alami..sonk tau ap yg awk lakukan??

      • mata yang memandang
        December 7, 2012

        saya pernah melalui hal yg sama…even on and off..saya ada terdengar ,mengaji dan membaca..riwayat menyebut “mengingat kematian,mereka adalah golongan yang beruntung..” sebalik petunjuk adalah memperbaiki diri,bertaubat,perbaiki ibadah,,mencari ‘jalan pulang/hakikat’..saya sering nangis dan terketar apabila ‘imej usia,sakit,sihat dan kematian’ terpapar diakal dan hati saya..saya gi mencari pendidik2,bergaul dengan org2 solih,berbaik dengan sesiapa khususnya ibubapa dsbnya..pertama kali saya diajar atau dimaalumkan utk amal apabila menerangkan pengalaman dan perasaan akan kematian kepada yg ahli ilmu..adalah ‘bertaubat nasuha,”..mengingati Allah yang mencipta kehidupan dan kematian..termasuk diri manusia ini..beristigfarlah dan terus beristigfar sebagai amalan seterusnya..so petunjuk kematian..tua dan sakit..adlah baik..beruntunglah kepada mereka yang merasai dan melalui dari petunjuk ALLAH SWT..maha pengampun lagi maha pengasih..tabah dan sabar menerima imej2 tersebut,bersabar dan redha menerima hakikat akan usia semakin tua dan singkat..kemudian terima bahwa kematian kekal akan menjelang tiba….ada manusia langsung tiada diberi peluang..namun itu kita serahkan pemahaman hidayah kepada ALLAH SWT…bila sakit banyak beristigfar malah dalam keadaan sihat ,gembira dan sedih..syukur dan syukur..insyaallah ini petanda penghijrahan wallahuaalam..semuga selamat dan sejahtera hendaknya.

    • izansaat
      February 4, 2013

      salam bro badan ade rase bergetr lagi tak.

    • Syed Alpha
      July 20, 2013

      Masih terasa hingga sekarang ke?

  8. amirah
    March 4, 2013

    Salam,saya jugak pernah mengalami getaran sebanyak dua kali dan saya masa tu tak tahu apa-apa tetapi selepas saya seacrh kat internet pasal ni…baru saya tahu ia adalah tanda-tanda kematian…Mula-mula saya rasa getaran pada waktu malam semasa hendak tidur dan kali kedua masa waktu malam jugak tetapi getaran hanya pada bahagian tangan sahaja…apakan itu jugak tanda-tanda kematian?…

  9. azlan shah b che abd rahman
    May 29, 2013

    Saya skrg ini hampir 1 minggu dh (sejak 23 mei 13) dahi ats pd kening kerap bergerak2. Kdg2 waktu zhr pn dpt rs bergerak. Hrp Allah pjngkan la umurku dlm kebaikan.Ya Allah jdkan lah ini hanya peringatan untuk ku. Aminn

  10. fatihah
    May 30, 2013

    Salam,nak tanya sikit. Kawasan ubun ubun tu kawasan mana? Tq

    • MS
      July 4, 2013

      bahagian atas dahi

  11. aulia
    June 22, 2013

    saya juga merasakan seperti yang anda rasakan.. sekarang anda masih merasakan itu? sudah berapa lama anda mengalaminya?

  12. Farhana
    August 9, 2014

    saya ada perasan tubuh badan saya bergetar setempat,kadang2 kat tangan,pinggang,leher dll..yg tu pulak apa ya tandanya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on August 7, 2009 by in Buat Pedoman and tagged , , , .

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 21 other followers

Dari Penulis

Sekiranya anda suka apa yang sedikit saya kongsikan di sini, doakanlah kebaikan di sisi Allah swt buat saya dan keluarga. Semoga dosa-dosa saya diampunkan dan memperoleh rahmatNya, samada saya masih di sini atau sudah pun pergi menghadapNya. Jutaan terima kasih buat jasa anda, semoga anda juga dikurniakan yang lebih baik dariNya.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: