Akan Mati – Tazkirah Buat Renungan Kita Bersama

Buat Renungan Bersama – Sahabat, Saudara dan Keluarga Tercinta. Moga Allah Menempatkan Kita Dikalangan Hamba2nya Yang Beriman.

Cara-cara Solat Dhuha

Pengertian :
Solat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu dhuha,yakni pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan hinggalah matahari berada tepat ditengah-tengah langit (istiwak ***[1]***).Ada pun waktu yang paling utama ialah apabila cuaca sudah mulai panas.

Bilangan Rakaat Solat Dhuha :

Bilangan rakaat solat Dhuha yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ialah lapan(8) rakaat,dan menurut yang disabdakannya ialah duabelas(12)rakaat,sekurang-kurangnya dua(2)rakaat.

Banyak pendapat mengenai bilangan rakaat solat Dhuha ini tetapi secara kesimpulannya ramai ulama menyatakan bahawa sekurang-kurangnya bilangan rakaat solat Dhuha ialah dua rakaat dan sebanyak-banyaknya ialah lapan rakaat menurut riwayat yang kuat.

Cara Melakukan Solat Dhuha:
Sebagaimana solat-solat lain, maka sebelum melakukan solat Dhuha hendaklah terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwudhuk. Kemudian berdiri mengadap kiblat sambil menetapkan niat di dalam hati.

Niat solat Dhuha ilah ” Aku solat sunat Dhuha dua rakaat, kerana Allah Taala“.

Kemudian mengangkat takbiratul ihram dan dilanjutakn dengan bacaan-bacaan dan zikir yang disunahkan. Seelok-elok surah yang elok dibaca ialah ‘WA AL-SYAMSI WA DHUHA’ dan ‘WA AL-DHUHA ***[2]***”

Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah zikir ‘YA WAHHAB ***[3]***'(Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.

Setelah beri salam bacalah zikir “YA BASITH” SEBANYAK 10 kali. Selepas itu baca pula ayat seribu dinar 3 kali dan disudahi dengan doa solat Dhuha iaitu:

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMU, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah KekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.

Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah,jika rezekiku sukar,mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu,KekuatanMu, dan KekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu.”

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 14, 2008 by in Amalan Seharian.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 22 other followers

Dari Penulis

Sekiranya anda suka apa yang sedikit saya kongsikan di sini, doakanlah kebaikan di sisi Allah swt buat saya dan keluarga. Semoga dosa-dosa saya diampunkan dan memperoleh rahmatNya, samada saya masih di sini atau sudah pun pergi menghadapNya. Jutaan terima kasih buat jasa anda, semoga anda juga dikurniakan yang lebih baik dariNya.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: