Akan Mati – Tazkirah Buat Renungan Kita Bersama

Buat Renungan Bersama – Sahabat, Saudara dan Keluarga Tercinta. Moga Allah Menempatkan Kita Dikalangan Hamba2nya Yang Beriman.

Kenangan Di Penjara Kajang

Bekerja dengan kakitangan Penjara kajang menghadapi karenah banduan dan kakitangan penjara memberikan pengalaman yang berliku dan kadang2 memeningkan kepala. Tetapi pengalaman begitu ada baiknya, iaitu menjadikan kita lebih bijak dan berani dalam menghadapi pelbagai tingkah laku manusia.

Kompleks Penjara kajang dahulunya mengandungi 4 empat bahagian utama, iaitu Penjara Utama, Penjara Bhg Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara wanita Kajang dan Kem Pra Bebas. Ada kawan2 mengatakan sekarang sudah ada banduan/pesalah Juvana dan Serenti juga ditempatkan di Penjara kajang. Bilangan keseluruhan hampir mencapai angka 5000 orang. Hampir semua kesalahan yang terdapat dalam perundangan negara terdapat di Penjara Kajang. Daripada kes mencuri ayam, membakar sekolah, khalwat, liwat, rompak bank, jual kad pengenalan, jual CD haram, merempit, pendatang tanpa izin, curi motor dan seribu satu lagi kesalahan.

Setiap hari pagi dan petang pihak Polis akan datang menbawa pesalah baru. Bilangannya boleh dikatakan semakin hari semakin banyak. Kadang2 satu trak penuh, bahkan kadang2 dua trak. Sekiranya mereka banduan lelaki, mereka akan didaftarkan di Penjara Utama. Selepas melepasi pintu besar mereka akan dibawa ke Pejabat Rekod untuk direkodkan semua identiti peribadi.

Di Pejabat Rekod ini mereka akan diambil nama, no. i/c, alamat, no. ahli keluarga atau saudara terdekat yang boleh dihibungi. Mereka juga dimestikan membuka baju untuk mempastikan terdapat tanda kekal yang mudah dikenali pada tubuh mereka seperti parut. Di samping itu mereka juga akan dicatatkan warna kulit, warna anak mata dan warna rambut di samping ketinggian dan berat.

Mereka juga akan ditanya dan diperiksa mengenai hartanya yang ada semasa ditangkap. Contohnya pakaian apa yang dipakainya semasa dihantar ke Penjara, berapa duit yang ada dalam dompetnya, tentang telefon bimbitnya. Selalunya ramai bandauan yang mengadu sebahagian duit yang berada dalam dompetnya akan berkurangan diambil oleh pihak polis semasa berada di lokap polis semasa direman.

Harta milik mereka akan diletakkan dalam satu tempat khas dan akan diberikan kembali bila hari pembebasan mereka. Seterusnya mereka akan menukar pakaian dengan pakaian banduan, diberikan nombor badan dan sebiji bekas air (bekas untuk mengisi air minuman) sebelum dihantar ke blok.

Sesuatu yang agak menarik di sini, setiap banduan yang baru masuk akan ditanyakan sama ada mereka ada me’roket’ barang larangan tertentu. Sekiranya mereka disyaki meroket, maka pihak penjara ada cara2 yang tertentu untuk mengeluarkan barang roket tersebut. Selalunya mereka memasukkan benda tersebut dalam lubang dubur.

Kadang2 suasana di Pejabat Rekod amat ‘panas’. Ini disebabkan suasana banduan baru yang ramai dan berbagai2 perangai. Kata2 kesat dan maki hamun adalah perkara yang biasa didengari ketika itu. Ketika ini juga pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Agama daripada JAKIM akan sama2 menemuduga banduan2 tersebut. Pegawai kebajikan akan bertanyakan apa2 perkara yang boleh ditolong seperti menghubungi keluarga, menghubungi peguam, mahu membuat rayuan dan lain2

Manakala pegawai Agama akan menemuduga banduan2 Islam untuk mengetahui tahap pengetahuan agama masing2 untuk memudahkan proses pemulihan berteraskan agama di penjara. Mana2 yang berminat mahu belajar agama dan mempunyai asas agama yang lemah akan dicadangkan supaya menjalani kelas agama. Banduan juga akan ditanya kemahirannya untuk memudahkan pembahagaian kerja dalam penjara.

Sebenarnya lebih daripada separuh banduan di Penjara Kajang adalah Melayu yang semstinya beragama Islam. Kebanyakannya dipenjarakan kerana kes yang berkaitan dengan dadah. Contohnya sekiranya mereka mencuri, biasanya mencuri kerana ketiadaan wang untuk membeli dadah. Kes mendera isteri dan anak ada hubungan dengan penagihan dadah. Bermacam2 lagi kes jenayah yang melibatkan dadah. Inilah nasib anak2 Melayu yang mana merosakkan masa depan dengan menghisap dadah, sedangkan yang mengeluar dan mengedar adalah orang berbangsa asing!

Apabila ditanya tentang dari mana didapati sumber bekalan dadah, dengan senang hati dan tersenyum dia menyatakan terlalu mudah mencarinya. Dimana2 sahaja boleh dicari. Mereka mudah sahaja mencari kaki2nya dan ‘port’ nya. Dalam Penjara sendiri pun bekalan boleh di dapati. Sampaikan tahap boleh memilih jenis mana yang dikehendaki. Katanya ini berlaku bila ada di kalangan orang dalam yang ‘bermasalah’ dan menerima upah daripada tauke luar. Sungguh sukar nak dibanteras walaupun pihak polis ada juga menyamar sebagai banduan untuk menangkap penjenayah orang dalam ini.

Menurutnya perniagaan dadah adalah perniagaan yang amat menguntungkan. Di zaman ini perniagaan yang paling senang dan menguntungkan adalah perniagaan perempuan dan dadah. Dadah 10 kilo boleh membikin seseorang itu memiliki duit puluhan ribu ringgit dalam sekelip mata. Di Malaysia, cara pembekalan dadah dikhaskan kepada warna tertentu bagi tiap2 negeri untuk memudahkan penghantaran dan pembahagian. Pasar borong Selayang adalah ‘port’ yang paling besar. Begitu juga dengan Chow Kit dan Flat Samping di Pudu.

Hukuman sebat adalah salah satu hukuman yang amat menyakitkan.

Ianya digubal dalam undang2 Malaysia dengan tujuan supaya pesalah2 yang melakukan kesalahan serik dan tidak lagi berani malakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan. Sebahagian daripada banduan lebih rela menukarkan hukuman satu rotan kepada penjara empat bulan, lantaran tidak sanggup menahan azab sebatan. Ini kerana sebatan tersebut akan mengakibatkan luka luar dan dalam. Ianya mengambil masa lebih daripada sebulan lebih untuk sembuh keseluruhan. Parutnya akan kekal selama-lamanya. Kesakitannya dikatakan amat sakit, berdenyut2 ke seluruh tubuh. Di malam hari pesalah terpaksa tidur dalam keadaan meniarap untuk mengelakkan daripada kesakitan. Keadaan yang paling menyakitkan adalah ketika mahu membuang air besar!

Pesalah yang akan disebat akan dibuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai kesihatan terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mempastikan pesalah tersbut berkeadaan sihat dan tidak memberi kesan sampingan yang diakibatkan oleh penyakit lain apabila hukuman sebat dilaksanakan. Pesalah wanita dan lelaki yang berumur lebih daripada 5o tahun juga tidak akan disebat, khuatiri daya tahan tubuh mereka yang lemah tidak mampu menahan kesan sebatan tersebut.

Tukang sebat terdiri daripada kakitangan penjara yang telah dipilih melalui temuduga khas untuk melayakkan mereka menjadi tukang sebat yang bertauliah. Dalam proses pemilihan tukang sebat, setiap calon mesti menunjukkan aksi sebatannya yang paling kuat. Calon yang memiliki antara sebatan yang terkuat atau ‘power’ akan dipilih. Ini kerana tukang sebat mesti tidak ada perasaan kasihan ketika menyebat pesalah. Dia akan menyebat sekuat mungkin supaya pesalah merasai kesakitan daripada sebatannya yang paling kuat!

Tahun 2002, upah yang diperolehi oleh seorang tukang sebat ialah RM3.00 bagi sekali sebatan. Dipercayai upah telah ditambah sehingga RM5.00 sekali sebatan. Ini bermakna sekiranya seorang kena lima sebatan, makan dia akan mendapat RM25.00. Bayangkan sekiranya sekali sessi sebatan melibatkan 20 orang pesalah, berapakah bayaran yang diterima hasil daripada menyebat orang.

Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.

Tukang sebat akan memakai pakaian yang bersesuaian ketika pelaksanaan hukuman. Selalunya memakai baju T lengan pendek, memakai seluar unifom penjara dan berkasut sukan. Terdapat juga penutup mulut dan hidung disediakan untuk dipakai, tatapi adakalanya tidak dipakai. Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai2 saiz. Ada rotan yang akan direndam dengan air klorok terlebih dahulu bagi menyebat pesalah yang mempunyai penyakit HIV. Ini bertujuan sebagai langkah keselamatan dan supaya virus HIV akan mati.

Seorang pegawai kesihatan akan berdiri berdekatan untuk mempastikan tahap kesihatan pesalah tersebut semasa pelaksanaan tersebut dijalankan. Sekiranya seorang pesalah yang akan dikenakan 5 sebatan pada hari tersebut, telah disebat dua kali dan menunjukkkan tanda2 yang membahayakan, maka dia berkuasa menyuruh supaya dihentikan dan baki hukuman akan disambung pada hari yang lain. Bakinya sebatannya akan dilakukan pada suatu hari apabila luka sebatannya sudah sembuh. Sekiranya pesalah tersebut mempunyai daya tahan dan mampu menahan kesakitan, makan pelaksanaan hukuman sebat akan diteruskan sehingga sehingga habis.

Kejadian pesalah meraung, terkencing dan kadang2 terberak adalah perkara biasa berlaku ketika sebatan dijalankan. Selalunya apabila seseorang pesalah selesai disebat dan dibuka ikatan kaki dan tangannya, dua orang banduan lain akan akan datang memapah membawa ke bilik rawatan untuk disapu ubat. Ada juga kes pesalah yang disebat 10 sebatan tetapi kekuatan mentalnya membuatkannya berlagak biasa.

Terdapat juga pesalah yang mempunyai ilmu mistik dalam usaha mengelakkan daripada kesakitan akibat disebat. Apabila sebatan dilepaskan, rotan tersebut yang sepatutnya terkena punggung pesalah seolah2 terkena angin. begitulah yang terjadi bagi pukulan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Keadaan ini membuatkan tidak akan ada kesan sebatan di punggung pesalah tersebut. Walau pun keadaan ini terjadi, palaksanaan hukuman telah dilaksanakan dan tidak akan dibuat kali kedua, walaupun sebatan hanya mengenai angin sebelumnya!

Kini kerajaan Malaysia menggubal undang2 yang lebih luas terhadap hukuman sebatan rotan kepada pesalah2. Jika dahulu hukuman rotan lebih banyak dikenakan kepada pesalah2 jenayah seksual, tetapi sekarang pendatang tanpa izin (PTI) juga akan dikenakan hukuman dua sebatan. Sebahagian NGO membantah perlaksanaan hukuman tersebut kerana dianggap kejam. Ini kerana sebahagian PTI hanya datang untuk mencari rezeki dan bukan melakukan jenayah2 yang boleh menganggu ketenteraman awam. Pihak Penjara terpaksa melaksanakan hukuman tersebut kerana ainya adalah arahan yang datang daripada pihak atasan!

Tahukah kamu bagaimanakah perlaksanaan hukuman mati dilakukan di panjara2 di malaysia?

Di negara2 di dunia, perlaksanaan hukuman mati adalah berbeza. setengah negara menggunakan hukuman pancung seperti di Arab Saudi. di Indonesia menggunakan kaedah tembak. amerika pula menggunakan kerusi elektrik. sementara di Malaysia menggunakan cara gantung sampai mati!

Di penjara2 di malaysia yang melaksanakan hukuman gantung terhadap pesalah2, prosesnya akan dilakukan oleh unit khas yang telah dilatih khusus. semuanya adalah kakitangan penjara yang akan nekad melakukannya supaya perlaksanaan akan dilakukan dengan tanpa kesilapan. sebarang kesilapan akan mengundang padah yang mesti dijawab kepada semua pihak, sama ada pihak atasan, pihak keluarga pesalah, pihak kesihatan, pihak perundangan dan badan hak asasi manusia.

arahan untuk melaksanakan hukuman gantung akan diterima oleh pengarah penjara secara rahsia daripada pihak atasan. kemungkinan 1-2 bulan sebelum tarikh perlaksanaan tersebut. kerahsiaan tersebut akan terus dirahsiakan sehinggalah 2-3 hari sebelum hukaman dijalankan. mesyuarat tertutup akan dijalankan melibatkan pegawai tertinggi yang terlibat dengan hukuman tersebut, termasuklah tukang gantung.

pelaksanaan hukuman dilaksanakan di waktu pagi kira2 10 minit selepas azan subuh. selalunya dilakukan hari khamis pagi jumaat. terdahulu sebelum itu, keluarga pesalah akan dimaklumi dan dibenarkan untuk berjumpa sepuas2nya seharian, dari pagi sehingga petang dengan pesalah. hari tersebut tangisan dan air mata adalah benda yang biasa dilihat. pertemuan yang sungguh menyayat hati tersebut akan dikawal ketat oleh pegawai penjara.

keluarga pesalah dibolehkan memeluk mencium sepuas2nya pesalah tersebut. daripada riak muka pegawai penjara yang bertugas di situ tergambar juga perasaan kasihan, tetapi mereka tetap melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan tegas dan tidak kalah kepada perasaan. pesalah akan diberikan semua kehendaknya, makanan apa yang dimintanya sehinggalah kepada rokok. ada juga pesalah yang berpuasa hari tersebut.

malam itu pesalah tersebut akan dibawa ke bilik menunggu yang berada di blok chamber. bilik menunggu tersebut adalah lokap yang bersebelahan dengan bilik hukuman gantung. sekiranya pesalah beragama Islam, maka ustaz akan masuk lebih awal untuk memberi sedikit sebanyak nasihat berkenaan agama. sekiranya banduan tersebut beragama kristian, hindu, sikh dan lain2, maka orang agama masing2 akan dijemput untuk memberikan nasihat sebelum hukuman dilaksanakan.

saat yang cukup mendebarkan bermula apabila masuknya waktu subuh. ustaz yang bertugas serta merta menyuruh tahanan tersebut sembahyang subuh. ini kerana selepas 10 minit, bila2 masa sahaja tukang gantung akan datang dan melaksanakan ‘misinya’, tak kira tahanan tersebut sudah sembahyang atau tidak. si ustaz tidak dapat berbuat apa2 sekiranya tahanan tidak berminat untuk sembahyang. segalanya bergantung kepada tahanan tersebut.

lebih kurang 10 minit pegawai2 tinggi penjara masuk bersama2 pegawai kesihatan dan majistret. keadaan masa tersebut adalah sunyi sesunyi2nya. tiba2 kumpulan tukang gantung seramai lebih kurang 6-7 orang lelaki berbadan sasa berpakaian biasa masuk dan terus ke lokap. mereka akan bertindak pantas menggari tangan ke belakang tahanan. sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju dan mengeluarkan sehelai kain hitam. kain itu akan dimasukkan ke kepala pesalah.

dengan pantas tanpa sepatah kata mereka akan membawa tahanan tersebut ke bilik gantung bersebelahan lokap. di bilik itu sudah tersedia tali gantung, siap dengan nama dan nombor tahanan, tinggi dan berat. dalam masa beberapa saat, apabila tali sudah dimasukkan ke tengkuk dan pegawai tinggi memberi isyarat ibu jari diturunkan ke bawah, seorang petugas akan menarik besi pintu tempat berdiri pesalah, maka berdentumlah bunyi pesalah terjatuh ke tingkat bawah dengan tali mencekik/menyentap lehernya.

apasila selesai melihat mayat tergantung, ustaz akan berdoa. membaca doa selamat kerana semuanya selesai. masing2 yang berpeluh sejuk sejak tadi menarik nafas lega apabila tugasan yang amat berat dijalankan berjalan dijalankan.

seterusnya pegawai2 termasuk pegawai kesihatan dan majistret akan ke tingkat bawah untuk melihat mayat. pegawai kesihatan akan memastikan pesalah tadi sudah tidak bernyawa. majistret akan memastikan pelaksanaan hukuman telah dijalankan. masing2 menurunkan tandatangan sebagai penyaksian bahawa tugas dan pelaksanaan hukuman yang diarahkan oleh undang2 malaysia telah selesai.

sebenarnya pegawai penjara yang menjalankan tugas tersebut adalah kerana tugas dan tanggung jawab. tugas berkaitan pelaksanaan hukuman mati adalah sesuatu yang amat berat. semua pihak kena nekad dan tabahkan hati. walaupun cara pelaksanaan tersebut bertentangan dengan hati nirani…

by: Zaris
About these ads

7 comments on “Kenangan Di Penjara Kajang

  1. hamba allah
    May 1, 2009

    boleh ceritakan selepas hukuman gantung dilaksanakan bagaimana dengan jenazah si mati. adakah ia dikebumikan ditempat asal keluarga simati atau tempat lain. pengekebumianersebut dapat disaksikan oleh keluarga atau tidak?

    ingin tahu … terima kasih.

  2. farah
    May 16, 2009

    assalamualaikum..hari ni 16.05.09…saya bertuah kerna dapat masuk ke RPD untuk shooting….apa yang boleh saya katakan..segalanya keinsafan menyelubungi diri…sekiranya anda berada di situ mungkin anda akan faham perasaan saya..hanya satu yang saya bertuah berada di luar ini kerna saya kenal erti kebebasan…oleh itu pada org di luar sana jauhkan jenayah…sesungguhnya kehidupan di dalam penjara x dapat digambarkan..sesunggunya kenangan hari ini tak mungkin akan dapat saya lupakan hingga ke akhir hayat.

    • x-banduan
      December 19, 2009

      ya, memang bertuah berada di luar penjara. saya bekas banduan. saya duduk penjara selama 15 tahun. memang kehidupan di dalam penjara tak boleh bayang. saya sendiri pun tak pernah fikir kehidupan penjara is macam itu. paling derita yang masa saya kena sebat sebanyak 20 kali.

  3. fadhil207
    October 28, 2010

    memang tragis cite ni.itu sebabnya hukuman islam bagi hukuman mati adalah pancung.tak menyeksa pesalah

  4. adik1963
    November 26, 2010

    Anak saudara saya baru dijatuhi hukaman 4 tahun & 2 sebatan atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Dia seorang anak yang baik dan satu-satunya anak lelaki yang banyak membantu keluarganya. Ya Allah, sedihnya saya mengenangkan kesakitan yang akan dilaluinya. Ya Allah, padamu aku berserah, lindungilah anak saudara saya yang teraniaya.

  5. iliyas
    January 7, 2014

    Semua itu adalah undang2 manusia..tak wajib kita turuti jika bertentangan dengan islam. Ingatlah jika kita menzalimi seseorang atas apa alasan sekalipun kelak jawablah kita dihadapan ALLAH. Mufti wajib menasihati para pemerintah akan apa jua yg bertentangan dengan islam cth seperti menzalimi sesama manusia.apakah kita tidak melakukan dosa?tidakkah kita mengharapkan ampunan ALLAH? tidakkah sewaktu seksaan azab dari ALLAH kita ingin supaya kita dilepaskan dari seksaan tersebut?lantas mengapa kita berlaku zalim kepada sesama manusia sekalipun manusia tersebut pernah melakukan jenayah?tidakkah ada hukuman lain yg lebih layak dan menginsafkan? Mereka yang angkuh dikalangan pemimpin dan pegawai penjara tunggulah dihari perhitungan betapa kamu akan menyesali tindakan kamu menzalimi,menyakiti,mendera,mengaibkan dan bertindak diluar batas kemanusiaan yg kamu lakukan even kepada mereka ug bergelar penjenayah…apakah kita yg diluar ini lebih baik atau tidak pernah lakukan jenayah?apakah t8dak pernah lakukan dosa besar?atau kita hanya tidak tertangkap?justeru mengapa kita terlalu zalim kepada mereka yg mgkin pernah teraniaya…yg tidak bernasib baik spt kita…ug diuji dengan kemiskinan yg amat dan menderita penyakit2 tertentu yg sering disalah anggap sebagai tindakan jenayah?siapa kita untuk mengadili dn menghukum sedimikian rupa! Apakah semua yh berada dipenjara itu semestinya penjenayah dn apakah yg berada diluar sana tidak pernah lakukan jenayah?bersikap adillah pada semua dan jgn menzalimi atas s3bab apa sekalipun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 27, 2007 by in Buat Pedoman.

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 21 other followers

Dari Penulis

Sekiranya anda suka apa yang sedikit saya kongsikan di sini, doakanlah kebaikan di sisi Allah swt buat saya dan keluarga. Semoga dosa-dosa saya diampunkan dan memperoleh rahmatNya, samada saya masih di sini atau sudah pun pergi menghadapNya. Jutaan terima kasih buat jasa anda, semoga anda juga dikurniakan yang lebih baik dariNya.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: